Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out

Friday

TIPS GOOGLE ADSENSE | Anda Meletakkan Akun Google Adsense Dalam BAHAYA

Friday

Terima kasih kerana melawat web panduan belajar adsense ini. Tentang 2 clicks itu, rasanya adalah tidak adil kepada ADVERTISER sekiranya 2 click berkenaan di buat hanya semata-mata sebagai HADIAH. Berikut ialah penerangan secara detail (Panduan kepada semua).
Sebelum saya meneruskan penerangan, terlebih dahulu saya harap En. Azmir Talib tidak terkecil hati. Saya faham niat En. Azmir Talib, tetapi saya perlu memperjelaskan beberapa isu untuk memastikan Account Google Adsense saya tidak berada di dalam RISIKO kena Ban.
Sekiranya anda Masih ingin memberikan saya HADIAH, Boleh Donate melalui PayPal.  Click dekat Buy Me $2 Coffee di menu sebelah kanan anda
Ketika mula mula menulis web Panduan-Belajar-Adsense.com ini, saya sebenarnya tidak melinkkan web ini ke web utama saya; Offshoreman.net. Ini kerana saya tidak mahu letakkan web Offshoreman.net di dalam posisi mengenerate Click yang tidak genuine. Akan tetapi, adalah tidak jujur bagi saya mengajar dan berkongsi pengalaman tentang Google Adsense tanpa berkongsikan sebahagian daripada website utama saya. Kerana tanpa contoh website dari saya sendiri, Panduan dan Tips yang saya tunjukkan seolah olah cuma ‘berlagak pandai’.
Ok, sekiranya selepas anda melawat web Panduan-Belajar-Adsense.com ini, dan masuk ke Offshoreman.net untuk melihat contoh dan menclick iklan hanya kerana sebagai hadiah, TOLONG JANGAN BUAT LAGI!. Kita sebagai Adsense Publisher harus menghormati Adsense Advertiser. Click yang tidak genuine seperti ini akan merugikan Adsense Advertiser. Sekiranya mereka rugi, kita sebagai Adsense Publisher juga akan rugi. Ini adalah simbiosis yang harus kita faham dan terapkan di dalam hati. (Saya harap click dari En. Azmir Talib itu Genuine Click).
Ok, mari kita bezakan antara genunine Click dengan Non-Genunine click.
Non-Genuine Click oleh Pelawat Website anda
  1. ANDA CLICK IKLAN ANDA SENDIRI (Tindakan paling Bahaya. Hanya dengan SATU click sendiri, anda telah meletakkan account google adsense anda dalam bahaya)
  2. Click yang di buat semata-mata untuk bagi HADIAH kepada publisher website berkenaan. Klick seperti ini tidak memberikan VALUE ADDED kepada Adsense Advertiser dan pada jangka masa panjang akan merugikan kita Adsense Publisher.
  3. Click yang di buat hasil dari arahan anda secara terus atau indirect. Contoh, meletak perkataan CLICK HERE berdekatan dengan iklan, atau di dalam post anda, anda menyuruh pelawat menclick iklan sebagai tanda sokongan…
  4. Anda hantar email kepada contact anda dan suruh mereka click iklan di website anda.
  5. Anda menelefon contact anda suruh click iklan di website anda.
  6. Anda mengajar pelawat anda supaya mengclick iklan anda sebelum meninggalkan website.
  7. Anda membuat/menyertai sekumpulan webmaster yang berkomplot untuk menclick iklan sesama mereka. Sekiranya anda sebahagian dari kumpulan ini, TOLONG BERHENTI SEKARANG!. Algorithm Google adalah cukup bijak untuk mengesan Patern Click seperti ini.
  8. Anda menyuruh kawan kawan chatting anda menclick iklan di website anda.
  9. Anda membuat/menggunakan software untuk generate click dekat iklan.
Genuine Click Oleh Pelawat Website Anda
  1. Click yang terjadi hasil kerana perasaan ingin tahu tentang kandungan product/services yang di iklankan.
  2. Click yang terjadi kerana pelawat ingin melawat website yang di iklankan.
  3. Sekiranya Anda sendiri ingin melawat website berkenaan kerana sebab-sebab di atas, ANDA HARUS COPY PASTE URL WEBSITE BERKENAAN DAN LAWAT SECARA TERUS MELALUI ADDRESS BAR. JANGAN CLICK IKLAN ANDA SENDIRI.
Saya cukup yakin dan percaya Click yang di buat oleh En. Azmir Talib adalah click yang GENUINE. Untuk itu saya berterima kasih.
Pesanan Akhir kepada anda semua termasuk diri saya sendiri, sekiranya selepas ini anda masuk ke Offshoreman.net dan ingin melihat contoh kedudukan/bentuk iklan di sana, tolong jangan suka-suka click dekat iklan di sana. hanya click jika click anda tergolong dalam kategori Genuine Click.
Sekiranya click itu hanya sebagai click hadiah, tolong jangan buat lagi. Perbuatan seperti ini meletakkan akaun google adsense saya di dalam BAHAYA. Sekiranya saya mendapati ada kegiatan seperti ini dan berlaku sudden Surge dalam click iklan saya, saya terpaksa mengambil langkah selamat dengan menutup website Panduan-Belajar-Adsense.com ini demi menjaga masa depan Akaun Google Adsense saya. Saya harap kita semua faham kedudukan saya.
Sebagai penggiat Google Adsense kita semua harus faham dan tanamkan dalam hati, Program Google Adsense bukanlah program cepat kaya. Layanlah Program Google Adsense ini sebagai satu perniagaan dan kita berniagalah dengan jujur.
Google Adsense Publisher Simbiosis Dengan Google Adsense Advertiser

artikel lain yang harus anda ketahui . . .

0 comments:

Post a Comment