Post ini ditulis untuk menerangkan segala perubahan yang telah saya buat sehingga berjaya mencapai pendapatan sebanyak USD 1251.26 pada bulan Julai 2008.  Lihat snapshootnya di sini.
Berikut ialah apa yang TIDAK SAYA BUAT.
  1. Saya TIDAK membuat apa apa website baru
  2. Saya TIDAK menulis banyak post pada bulan ini sebab concentrate dengan perubahan yang sedikit ini.  (hasil tips dari buku Adsense Secret 4.0)
  3. Saya TIDAK membuat promosi iklan yang baru.
  4. Saya TIDAK menggunakan apa-apa software black hat utk generate traffic.
  5. Saya TIDAK menggunakan apa-apa special tricks atau cara BLACK HAT.
Apa yang saya buat di terangkan oleh gambar berikut.  Di bawah gambar ini diterangkan secara detail perubahan ini.

Apa yang saya buat:
  1. Meletakkan iklan 336 x 260 di atas sekali dengan link berwarna BIRU dan background yang sama dengan template blog. (Lawat Offshore Oil & Gas Blog)
  2. Meletakkan 2 gambar seperti di atas.  AMARAN! meletakkan gambar yang seolah-olah berkaitan dengan iklan adalah amat dilarang.  Pendekatan meletakkan gambar ini amat sensitif dan contoh di atas ialah contoh meletakkan gambar berdekatan iklan yang dibenarkan kerana tiada kaitan langsung dengan iklan yang ditunjukkan.
  3. Meletakkan 2 unit 160×600 di tepi.  Satu unit berwarna orange (Utk Match Template) dan satu unit link berwarna biru.
  4. Link link lain (Kategori) di KECILKAN – ditukar kepada drop down menu.  Secara langsung mengurangkan persaingan CLICK.
  5. Perubahan yang hampir sama di buat utk satu lagi website saya.
  6. Setiap unit iklan ini diberikan SATU CHANNEL TERSENDIRI (Channel penting utk tracking)
  7. So saya hanya membuat perubahan kepada 2 websites sahaja.
Kesannya:
  1. Clickthrough rate bertambah sebanyak 50%.  (Saya tak boleh publish berapa angka sebenar clickthrough rate kerana ia menyalahi Google Terms & Condition)
  2. Apabila clickthrough Rate bertambah, secara tidak langsung berlaku penambahan pendapatan.
  3. ITU SAJA!!!
So untuk menyimpulkan apa yang saya buat ialah, dengan mengoptimizekan iklan (tips dari Adsense Secret 4.0) secara langsung boleh meningkatkan CTR yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan.
Note : Jika anda perasan, saya sendiri sebenarnya masih dalam proses try and error.  Pastikan anda menggunakan CHANNEL utk track setiap iklan.  Dan saya sendiri masih baca & ulang baca tips dari Adsense Secret 4.0 kerana terus terang saya katakan, saya belum lagi mengimplementkan 100% tips dari ebook berkenaan.  [Maaf jika bunyinya macam mempromosi ebook ini, tetapi sekali lagi saya tekankan, segala tips dari ebook berkenaan boleh di dapati secara percuma di internet]